terkenang kembali zaman sekolah-sekolah rendah dulu, zaman kanak-kanak ribena dan bangang sikit ketika itu. macam-macam nak jadi bila besar nanti. tapi kerjaya normal yang disebut oleh kanak-kanak seperti aku masa sekolah rendah dulu ialah doktor, cikgu dan peguam. itu kerjaya2 umum bagi kanak-kanak sekolah rendah. bagi aku cita-cita ketika sekolah rendah nak jadi ustazah. tapi cahaya nak jadi ustazah dekat diri aku makin lama makin pudar dek peredaran zaman yang begitu pantas.
tup tap aku dah sekolah menengah. tingkatan 1,2 dan 3 aku masih tidak memikirkan kerjaya yang paling, yang ter, yang sangat2 menjadi sesuai dengan aku. sehinggalah sebelum masuk tingkatan 4. kena pilih aliran.. aku ingatkan ambil kelas sains boleh la jadi forensik macam dalam cite CSI tu tapi jauh panggang dari api. Biologi, Kimia dan Fizik aku memang lingkup sejak awal tahun tingkatan 4. kalu 3 subjek ni dah teruk apatah lagi Add Math kan. Add math, aku bukan di tahap tidak paham atau tak reti tapi sudah di tahap maksimum punya bangang x tahu nak buat.
bila dah naik form 5, nak dekat spm, budak sebelah dalam kelas aku nama dia cik nasiha yusoff, gosip2 ape nak jadi lepas spm.. dia dah ada plan tapi aku?? tiba time aku form 5 aku tukar pulak nak jadi interior designer. tapi cita-cita tu cuma bertahan selama separuh tahun sahaja. kerana separuh tahun yang berikutnya aku nak jadi chef pulak. nak amik culinary art la kononnya..
tapi semua yang di plan lingkup dan tiba2 aku masih tidak percaya aku sudah pun masuk sem 4 amik kos akaun yang memang jauh dari sudut pemikran aku untuk ambil.
walaupun aku dah sem 4 tapi corak masa depan aku, aku belum nampak. ape ciri-ciri kerjaya pilihan aku nanti. adakah akauntan?? err.. tak.. adakah businesswoman?? er.. tidak juga.. erm.. sampai sekarang belum decide. tapi degree aku mmg bertekad tak nak amik akaun! apa nak jadi ni......